KINI VIRAL AKU PELAJAR MEDIK SATU HARI BANTU USTAZ YG SAKIT APA YG AKU DAPAT BUAT RAMAI TERKEJUT

 on KINI VIRAL Aku Pelajar Medik Satu Hari Bantu Ustaz Yg Sakit Apa Yg Aku Dapat Buat Ramai TERKEJUT
2m68GEi
Aku Pelajar Medik. Satu Hari Bantu Ustaz Yg Sakit. Apa Yg Aku Dapat Buat Ramai TERKEJUT !!!| Nama aku Wan. Assalamualaikum pembuka kata, Bicara kita di alam maya, Eh, apa lagi ni nak kata..? Aaaa, abes rosak pantun saya..hahahah Maaf2, aku x pandai sangat bermadah2 ni. Just panggil aku Wan (nama samaran kot). Cerita aku bukan hebat pun, biase2 je. Kalau nak baca, teruskan, kalau x nak, hmmmm, blh terus scroll fb masing2..hehehe
Aku sekarang duduk di negeri orang, bergelar sebagai pelajar perubatan. Aku bukan nak cerita pasal alat glucometer doktor-pun terkejut-oh-mak-kau-merah jambu pink :P. Eh, korang taw x pasal glucometer-doktor-terkejut ni? Kalau x taw, hmmm, x payah taw xpe.. abes kuota internet je kalau korang percaya.
Panjang betol intro.huhuhu. maaf2.
Ok, ni kisah aku. Biaselah, zaman sekarang ni memang perlu duit kan. Aku sebagai pelajar lagi lah. So, hari-hari memang aku kena bajetkan perbelanjaan aku. Biasenye purata penggunaan duit aku x sampai Rm10/hari. Eh, tu kira maksima la.
Tapi, walau macam mana sikit pun duit dalam poket, aku akan letak dalam tabung masjid/surau Rm1 setiap hari. Alhamdulillah, dah dekat setahun dah aku amal. Harap2 istiqamah la.hehehe
Nak dijadikan cerite, bulan ni aku memang lari bajet. Bukan lari sambil bajet dengan kesadoan yang ade (sado ke?hahaha), tapi xde duit la.hohoho. Hujung minggu lepas, masa aku baru nak sarapan makan roti Gardenia (roti putih tu la, xkan x kenal, tapi tu je aku mampu hahaha), ade ustaz mesej aku.
Ustaz : Salam akhi, kat ner sekarang?
Aku : Wassalam ustaz, ana dekat atas kerusi ni, baru nak makan roti. (Aku saje reply macam tu, sebab aku jenis yang bergurau.hahaha)
Ustaz : Free x sekarang? Boleh tolong ustaz?
Aku : (baru nk study lepas ni, sbb exam final bulan depan, tapi sebab ade orang minta tolong, aku iakan je) InshaAllah free ustaz. Ade ape ek ustaz?
Ustaz : Ustaz demam panas ni. Boleh tolong belikan panadol x sekarang?
Aku : InshaAllah ustaz, jap lagi ana gi rumah ustaz.
Aku pun check la duit dalam dompet. Berhuhuhu la aku pikir cmne nak beli, tapi xpelah, orang dah sakit dan minta tolong, tolong je la. Aku pun start la moto hitam pemberian abang aku ke kedai, beli panadol biasa dan actifast. Total Rm10. Abes bayar, terus aku brooooommmm rumah ustaz. (Korang jangan ingat aku bawa laju, sebab moto aku tu alignment tayar x betol, brek x makan.hahaha)
Sampai rumah ustaz, aku check la apa yang patut. Rupe-rupenye, bukan demam biase je, siap batuk darah, sakit dada, sesak nafas semua. Tengok2, symptom die teruk, so aku ajak la gi hospital jumpa doktor. Dalam hati aku nak suruh die warded hahaha. Tapi ustaz xnak pergi. Terpaksa la aku guna teknik magic mirror auto reflex petala langit kuasa 89. Sebelom ni ustaz ceramah aku, waktu tu aku ceramah ustaz. Akhirnye ustaz kalah dengan aku, dan kitorang pergilah hospital.
Sampai emergency, daftar semua. Mak aihhh, ramai betol orang dekat emergency. Maklumlah mase tu kan cuti Raya Cina. Sebenarnye boleh je aku guna pass aku sebagai pelajar perubatan situ untuk by-pass dan terus jumpa doktor, sebab doktor bertugas pun aku kenal, tapi dah memang sistem A&E buat saringan triage, maknanye die akan dahulukan yang terutama daripada utama. Paham x? Maknenye yang sakit teruk lagi awal la akan jumpa doktor. Aku bukan macam korang yang sikit-sikit nak viral kalau kena tunggu. Hohoho. Tunggu punya tunggu, akhirnye tengahari baru dipanggil masuk, check punye check, buat ujian darah semua, ECG, CXR, doktor cakap x perlu warded. Doktor cakap boleh berehat di rumah. Sukalah ustaz waktu tu.hahaha. Dekat waktu Asar baru kitorang balik rumah. Abes sehari aku x study hahaha. Tapi xpelah, dah aku keje nanti pun, tolong orang macam ni lah keje aku. InshaAllah hehhee.
Ok, korang cuba ingat balik yer. Tadi aku baru nak makan sarapan. Baru sempat gigit sekeping roti. Lepas tu beli panadol Rm10. Dekat hospital, sebab x makan lagi, aku pun beli lah roti dan air untuk aku dan ustaz sebagai alas perut waktu pagi, Rm10. Xkan nak makan nasi sambil tunggu turn dekat emergency.hahaha.
Tengahari macam tu sebab dah hypo, ustaz bagi aku Rm10 untuk beli air dan buah. So kalau ikut kiraan budak darjah 3 sini, kire aku guna lebih Rm5 la kan.hahaha. Bukan aku berkira/kedekut, tapi ni lah nak bagitahu korang semua. Aku x nak pikir banyak pasal duit aku spent kat ustaz, sebab die guru aku. So aku buat dek je la.hahaha
Tengok2, harga minyak naik. Terkesan wehh. Aku paham perasaan belia semua, marah, benci, dendam kesumat, nak maki hamun, tapi semua tu aku simpan je dalam hati. Kalau korang mencarut dalam fesbuk kat die (who-name-should-not-be-mentioned), bukan harga minyak turun pun. Kalau korang nak Malaysia ni maju, berkebajikan, tulus ikhlas sesuci murni kain putih ibarat bayi baru lahir, korang pun kena lah ubah diri sendiri. Ni x, korang pun lebih kurang je perangai, suruh kawan proxy attendance, member punch card, bagi 50 dekat polis kalau kena saman, and etc. Korang nk pemimpin berubah, tapi korang x nak berubah ke arah kebaikan. Hmmmm. Aku istighfar je lah.
Ok balik kepada cerite hahaha. Dua tiga hari lepas, aku pun tanyalah ustaz samada die free x, sebab aku nk ziarah kejap. Boleh pula ustaz mntak aku teman die ke kuliah. Niat nak ziarah kejap je, tengok-tengok kena ikut kuliah sekali hahha. Rupenye die ajak aku teman sebab die x larat nak drive, letih lagi. So aku kire jadi peneman dan juga driver la hehehe. Xpe, kita tolong orang selagi mampu.
Habis kuliah, ustaz minta aku berhenti warung tepi jalan. Nak borak-borak katanya. Aku pun drive slow-slow cari kedai. Sampai je kedai, order la apa yang patut. Sambil borak-borak, sembang-sembang. Lepas habis makan, kena bayar la kan. Xkan nak blah gitu je. X sempat aku nak bayar, ustaz dah bangun dulu untuk bayar. Aku cuba bangun, tapi ustaz tolak aku duduk. Maka, aku duduk je lah tengok ustaz bayar. Masa nak naek kete plak, tibe-tibe ustaz cuba letak sekeping wang kertas dalam poket aku. Aku cuba tepis guna ilmu tai chi aku, tapi ustaz guna jurus wong fei hung, kalah aku, maka terpaksalah aku terima duit tu. Ustaz cakap, apalah sangat duit ni, nak dibandingkan masa enta kat ana. Perghhh, terharu. Huhuhu
Balik rumah, aku tengok not Rm50. Wahhh, syukur alhamdulillah. Dah la ustaz belanja makan, dapat extra Rm50 plak tu. Maka betollah, jika kita tolong orang, kebaikan kita akan digandakan 10 x ganda. Mungkin bagi korang sikit je ni, tapi bagi aku, boleh hidup seminggu dengan Rm50 hehehe.
Tu je lah cerita aku. Xdelah gempak sangat. Aku just nak share, berebutlah kita berbuat kebaikan dan kebajikan. Dan cintailah tugas/keje kita, barulah kita dapat bertugas dengan aman.hehehe
Ok bye korang, aku nak study untuk final. Doakan aku yer. Terima kasih (^_^).
1h5x9pU2m5PeaO2m5LeHp1h5x9q42m60bcp2m60aoR
Sumber : belogfadah
Sumber: jubahsemalam

No comments:

Post a Comment